Sunday 3 June 2012

Mohd Adham bin Mansor

Bismillahir rahmanir rahim, sepertimana tajuk di atas di'highlight'kan, saya akan menerangkan serba sedikit latar belakang saya, keluarga saya serta hal-hal berkaitan dengan aktiviti sosial saya, kawan-kawan saya dan lain-lain lagi.

Nama diberi adalah Mohd Adham bin Mansor, 'virtualy' nama ini dikenali dengan Adham Metzadi, mengapa Metzadi, nanti saya akan terangkan yer.. Nama ayah (abah) saya adalah Mansor bin Awang, dan nama ibu (mak) saya adalah Rosidah binti Ibrahim.  Saya adalah anak bongsu dari 2 beradik, so, yang sulung dalam family saya adalah seorang kakak diberi nama Aina Rizwanie binti Mansor.

Saya dilahirkan pada 2.April.1984 jam 7.15pagi, seberat 3.3 kilo (kalu diikutkan surat beranak).. merupakan cucu lelaki sulung bagi keluarga kembangan sebelah mak saya. So, saat kelahiran saya tidak terjadi apa-apa pun, dan telah selamat keluar menjengah dunia di Hospital Kulim (nowadays sudah jadi tempat training untuk jururawat muda).

Zaman persekolahan saya bermula ketika saya berusia 5 tahun lagi. Saya dihantar ke taska (area Seberang Jaya), selama lebih kurang 2 tahun. Ketika itu, saya diasuh dan dibela oleh datuk (tokwan) dan nenek (tok) saya di Seberang Jaya. Antara ingat-ingat lupa ketika itu adalah disebabkan mak saya terpaksa berkursus di Pulau Pinang selama setahun.

So, bila dah naik darjah satu, saya kembali ke kawasan saya membesar. Ia adalah satu kawasan di daerah Kulim yang permai. Tempatnya adalah di Lunas, Taman Sejahtera secara tepatnya. Jadi, abah telah mendaftarkan saya di Sekolah Kebangsaan Sri Limau (dari darjah 1 sehingga darjah 5) dan berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Ladang Lunas (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya) untuk menghabiskan sisa-sisa persekolahan rendah. Sewaktu di sekolah, saya banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti sekolah, wakil sekolah dalam sukan dan kegiatan ko-kurikulum, terlibat dalam pancaragam sekolah (d first and d last) dan mempunyai ramai kawan-kawan yang membesar sekali..terutamanya Mohd Hafis Yusop, Khairul Anuar bin Idrus, Mohd Khairizal, dan ramai lagi..

So,nk dijadikan cerita, saya dapat 4A pada UPSR tahun 1996, kalu xsilap tahun saya yang terakhir untuk 4 matapelajaran..so alhamdulillah la, dan  tidak pernah expect pun akan dapat result cemerlang sebab saya pemalas buat latihan karangan serta mempunyai tulisan tangan yang tersangatla buruk pada ketika itu.Then, abah call Maktab Mahmud Alor Setar untuk admission. Saya follow jer sebab waktu tuh memang teringin sangat nk dok asrama (border school). Masuk-masuk kena culture shocks, sebab kena carry almost 21 subjects pada tingkatan 1, sekali tengok report card (buku laporan tuh) memang rasa nak pengsan..tp waktu tuh xamik port sgt pasal belajar nie, coz memang meng'enjoy'kan diri untuk membiasakan dengan dengan suasana  baru. So, walau xsecemerlang ketika UPSR sewaktu di Maktab Mahmud, at least saya bolehlah berbangga dengan maintain xde matapelajaran yang gagal @ dapat F selama saya belajar, paling teruk pun dapat C (iaitu range dari 45-50 perseratus). Mungkin sebab tuh, saya leh mengingat dalam tempoh yang agak lama. Tambahan plak time-time tuh, memang dididik dengan tarbiyyah Islamiyyah, sekurang-kurangnya saya xpandai mencarut (kenyataan). Tiap2 petang sebelum maghrib akan ke pondok2 di sekitar untuk p belajar kitab (orang kedah cakap ngaji kitab). Alhamdulillah, i miss that moments!! Oh..untuk peperiksaan besar yang berlaku ketika saya di MMAS, PMR dapat dalam 2A dan 7B, dan SPM hanya dapat dalam 3A 4B 2C. Xla cemerlang sangat pun kan..kan..kan..lets it be..

Continue..study pastu di UITM Merbok, Kedah. Member-member mahaad tanya asal xbuat Syahadah (sejenis peperiksaan, bukan makanan yer) untuk ke Mesir. Saya kata cukuplah sekadar itu, walaupun menghancurkan banyak hati2..yang mahu melihat cucu lelaki sulung mereka nie menjadi ustaz..huhu, saya tetap dengan pendirian saya. Di UITM, saya amik Diploma in Business Studies (DBS). Orang-orang kata budak-budak DBS nie (dah bodoh sombong). Setakat mana kesahihan, saya xpasti. So, banyak rintangan-rintangan terpaksa dilalui. Sebab dari sekolah arab yang xbercampur lelaki perempuan, tetiba masuk U, bercampur kelas dengan perempuan, so agak tertekan skit. Sem 1 saya dapat hanyalah 2.69 lantaran dapat duit PTPTN, enjoy terlebih, xstudy..huhu, bila diingat kawan-kawan yang lain semua skor waktu semester 1 nie, saya rasa menyesal yang teramat sangat. Masuk semester 2, keazaman memuncak, tukar bilik, dok bilik paling atas, rajin study dan wat latihan, berkat belajar bersungguh-sungguh saya dapat Anugerah Dekan. Actually matlamat tuh adalah untuk menaikkan CGPA saya, kalu xcukup 3.00, rugilah amik DBS nie..wat malu ja.. . Akhirnya saya berjaya menamatkan Dip dengan CGPA 3.13

Then, terus sambung ke Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian Pengurusan Operasi (BBA (Hons) Operations Management) di UITM Shah Alam dalam tahun 2005-2007. Time nie la tangan saya patah..dalam kepatahan tangan saya, terpaksa la belajar guna tangan kiri, belajar dari awal semester menulis dengan tangan kiri, kalu tgk hasil test berasaskan tulisan tgn kiri, mcm budak darjah 1 belajar menulis, huhu..Alhamdulillah, saya tamatkan Degree dengan CGPA 2.93 sahaja.

Sambil2 berkerja yang biasa-biasa, tergerak hati untuk p amik kursus mandarin anjuran hasani, dah dapat sijil, tp 1 2 perkataan saja yang masih diingat..bala2..

Sepanjang hidup, saya banyak belajar ilmu-ilmu lama, ntah minat kot..mungkin itu adalah perkara yang menyebabkan saya sanggup pergi ke mana sahaja untuk belajar..Di antaranya adalah, Silat Lincah, Silat Gayung Patani, Silat Harimau Berantai, dan Silat Abjad.

Saya terlibat secara xlangsung dalam golongan tarbiyyah Islamiyyah, politik-politik semasa, serta banyak aktiviti-aktiviti bersifat sosialis..

Nama metzadi diperolehi dari singkatan nama metz plus dengan adi (ada hamba Allah nie suka panggil aku adi) so, metz adalah nama satu tempat di perancis @ nama seorang pemain bola sepak german dulu2 kala, christopher metzelder..so itula sejarah ringkas mengenai diri saya

0 comments:

Post a Comment